Catatan

Varieti Durian

Imej
Gred penentu kualiti buah Kriteria yang selalu diambil kira dalam pemilihan durian adalah dari segi bentuk, duri, isi dan kulitnya. DURIAN D24 yang dipegang oleh Norhaiman Shah ini mempunyai rasa lemak manis dan sedikit pahit. -------------------------------------------------------------------------------- KEBIASAANNYA musim durian bermula dari bulan Mei hingga Julai. Menurut Pembantu Pertanian, Taman Pertanian Universiti (TPU), Universiti Putra Malaysia (UPM), Norhaiman Shah Ismail, UPM akan menjadi tumpuan. "Di UPM, kami mengkategorikan durian kepada dua jenis iaitu gred A dan gred B," katanya. Kategori A pada kebiasaannya meliputi durian D24, D2, D16, D96, D98,D99, D123 dan banyak lagi. Kriteria yang selalu diambil kira dalam pemilihan durian adalah dari segi bentuk, duri, isi, dan kulitnya. DURIAN D148 atau paduka mempunyai isi yang berwarna kuning keemasan. -------------------------------------------------------------------------------- Contohnya, durian D2 atau Dato Nin...

Info Penanaman Durian

Imej
  PENANAMAN DURIAN Nama Saintifik:DURIO ZIBETHINUS MURR Nama Biasa :DURIAN Famili :BOMBACEAE DURIAN Di Malaysia, buah durian dibiarkan luruh sendiri setelah masak dan dipungut setiap hari. Pada awal dan penghujung musim, buah dipungut sekali sehari (pada awal pagi) kerana bilangan buah yang luruh adalah sedikit. Pada pertengahan musim, buah perlu dipungut dua kali sehari (pagi dan petang) kerana bilangan buah yang luruh memuncak. Di Thailand, buah durian dipetik daripada pokok pada peringkat matang dan buah kemudian diperam hingga masak. Penuaian dengan cara ini membolehkan buah disimpan lebih lama dan dihantar ke pasaran yang lebih jauh. Adalah dijangkakan pada masa akan datang, cara penuaian seperti ini akan menjadi amalan biasa di Malaysia. KEPERLUAN ASAS TANAMAN Iklim Ia memerlukan persekitaran yang panas dan lembap sama seperti yang terdapat di hutan tropika bagi membantu pertumbuhan vegetif. Tanaman durian hidup dengan subur di kawasan-kawasan di mana suhunya diantara 27-32oC...