Varieti Durian
Gred penentu kualiti buah Kriteria yang selalu diambil kira dalam pemilihan durian adalah dari segi bentuk, duri, isi dan kulitnya. DURIAN D24 yang dipegang oleh Norhaiman Shah ini mempunyai rasa lemak manis dan sedikit pahit. -------------------------------------------------------------------------------- KEBIASAANNYA musim durian bermula dari bulan Mei hingga Julai. Menurut Pembantu Pertanian, Taman Pertanian Universiti (TPU), Universiti Putra Malaysia (UPM), Norhaiman Shah Ismail, UPM akan menjadi tumpuan. "Di UPM, kami mengkategorikan durian kepada dua jenis iaitu gred A dan gred B," katanya. Kategori A pada kebiasaannya meliputi durian D24, D2, D16, D96, D98,D99, D123 dan banyak lagi. Kriteria yang selalu diambil kira dalam pemilihan durian adalah dari segi bentuk, duri, isi, dan kulitnya. DURIAN D148 atau paduka mempunyai isi yang berwarna kuning keemasan. -------------------------------------------------------------------------------- Contohnya, durian D2 atau Dato Nin...